SELAMAT DATANG

Selamat Datang ke SMK Agama Bandar Penawar "Sekolah Kluster Kecemerlangan"

SEJARAH SEKOLAH

PANORAMA SMK AGAMA BANDAR PENAWAR


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar telah ditubuhkan pada tahun 1993. Sekolah ini terletak kira-kira 52 kilometer dari Bandar Kota Tinggi dan meliputi kawasan seluas 30 hektar iaitu 10 hektar dalam kawasan padang.



Kewujudan sekolah ini adalah atas komitmen Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pelajaran Johor yang mahu mewujudkan sekolah berasrama iaitu subjek Bahasa Arab merupakan pelajaran wajib yang harus dipelajari.



Dengan usahasama dan sokongan daripada pelbagai pihak, maka wujudlah sekolah ini. Pada peringkat awal penubuhan, sekolah ini mengalami masalah kekurangan alatan dan sanitasi asas tetapi dengan kerjasama daripada Pejabat Pelajaran Daerah, kekurangan ini dapat diatasi.



Mulai 16 November 1993, sekolah ini beroperasi dengan penggemblengan tenaga seorang Pengetua iaitu Tuan Haji Abdullah bin Muhidin dengan dibantu oleh Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Rendah. Pada tarikh ini juga pendaftaran dan mesyuarat pertama guru bermula. Pada ketika itu hanya 11 orang guru sahaja yang mula bertugas. 


Kerja-kerja mengemas sekolah dan asrama turut dijalankan bermula dari tarikh ini sementara menantikan kehadiran pelajar dalam bulan Disember. Pada 20 Disember, pendaftaran kumpulan pertama pelajar tingkatan empat seramai 60 orang diikuti kumpulan kedua pada 1 Januari 1994. Terdapat dua aliran yang diwujudkan di sekolah ini bagi pelajar menengah atas iaitu aliran sains dan aliran agama.

No comments:

Post a Comment